Assalamualaikum, sudah lama rasanya PERMAS tidak bersua kembali, apa khabar sahabat-sahabat di kampus Segamat terutamanya? PERMAS berharap semua dalam keadaan sihat dan sejahtera. Bagi pelajar-pelajar ijazah yang sedang menduduki peperiksaan akhir, PERMAS ingin mengucapakan salam imtihan, salam kejayaan dan semoga peperiksaan yang dihadapi dipermudahkan. PERMAS mendoakan agar sahabat-sahabat semua beroleh kejayaan. Amin.
Pada minggu-minggu yang mendatang ini, PERMAS agak sedikit sibuk dengan program-program yang dijalankan. Antara program yang telah dijalankan adalah program Sujud Si Perantau dan Saat Lafaz Sakinah.
Bagi sahabat-sahabat yang telah mengikuti program ini, PERMAS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menimpa ilmu pengetahuan walaupun dalam keadaan yang agak sibuk dengan ujian dan peperiksaan.
Sujud Si Perantau adalah program yang dijalankan oleh PERMAS untuk memberi kafahaman mengenai ruksah solat Jama' Qasar. Program ini telah disampai sendiri oleh penasihat PERMAS, Ustaz Kamaruddin Majid.
Syukur Alhamdulillah, program ini telah mendapat sambutan para peserta. Ramai dalam kalangan peserta dan ahli jawatankuasa meminta penjelasan dari ustaz mengenai solat ini. PERMAS juga mendapat respon yang baik dari hadirin yang hadir. PERMAS berharap, semoga input-input yang telah diberi dapat di praktikan di masa hadapan.
Program yang seterusnya adalah program Saat Lafaz Sakinah. Program ini telah disampaikan oleh Ustaz Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia. Saat Lafaz Sakinah adalah program yang menerangkan mengenai kehebatan dan ketenagan yang dirasai ketika melafazkan syahadah. Ustaz Ann Wan Seng tidak keberatan menceritakan pengalamannya ketika memeluk Islam. Program ini yang pada asalnya telah dirancang untuk diadakan Dataran Pusat Islam, akhirnya terpaksa dipindahkan ke dalam Pusat Islam (PI) kerana cuaca yang tidak mengizinkan. PERMAS memohon ampun kepada sahabat-sahabat kerana terpaksa berpindah tempat program pada akhir-akhir waktu walaubagaimanapun, syukur Ahamdulillah, program ini mendapat sambutan luar biasa dari kalangan masyarakat kampus.
Pada program yang akan datang ini, PERMAS mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat ke program ISLAMOPHOBIA yang akan diadakan di Dataran Pusat Islam pada 17 Januari 2012, jam 8.45 malam yang disampaikan oleh Ustaz Sya'ari. Marilah kita menyingkap segala agenda dan permasalahan yang menyebabkan ISLAM di takuti.
Sekian, semoga bertemu kembali..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan