Isnin, 16 Januari 2012

Islamophobia ??

Assalamualaikum dan salam ukhuwah ~

Persoalan demi persoalan ditanya , Iman dalam diri turun naiknya , tanpa akidah yang satu hancurlah setiap umatku . Jika masalah ini berlaku, tanyalah pada diri kenapa tidak mengerti hakikat Islam yang sebenar.

Kenapa orang Islam sukar untuk memahami Islam itu sendiri??
Kenapa orang Islam gagal untuk memahamkan orang bukan Islam tentang cara hidup Islam??
Kenapa umat Islam mudah murtad dari agama Islam??
Kenapa umat Islam tidak yakin dengan sebenar benarnya keindahan Islam??

Tanggapan 'Islamophobia' merupakan satu propaganda yang sengaja dicipta oleh golongan tertentu untuk melihat kemunduran dan kejatuhan tamadun Islam. Professor Dr.Ali Al-Hashimi berkata, fahaman itu sebenarnya boleh dilenyapkan terus jika umat Islam sendiri tidak menjadi ejen untuk mempromosikannya. "Tidak ada Istilah Islamophobia sebenarnya, itu adalah rancangan jahat mereka untuk melihat kita jatuh" . Janganlah sempitkan fikiran kita dengan perkara-perakara yang boleh merosakkan akidah kita. Antara faktor berlakunya ialah mengenai berita-berita yang degembar gemburkan oleh orang Islam atau orang bukan Islam, gambaran negatif tentang cara hidup Islam , kekurangan kefahaman mengenai Islam apabila ditanya soalan-soalan yang diluar jangkaan dan banyak lagi.
Ini merupakan perkara-perkara atau pemahaman oleh golongan tertentu untuk menjatuhkan Islam yang dipetik dari sebuah buku dan diterjemahkan dalam bahasa melayu :
  • Islam tidak monolitik dan tidak dapat menyesuaikan dengan realiti baru.
  • Islam tidak berkongsi nilai-nilai bersama dengan agama-agama besar lainnya.
  • Islam sebagai agama yang dianggap lebih rendah daripada Barat . Ia kuno, biadap, dan tidak rasional.
  • Islam sebagai agama keganasan dan menyokong keganasan.
  • Islam adalah sebuah ideologi politik keganasan.
Semua persoalan boleh terungkai jika kita faham apa itu Islam yan syumul dan wasatiah.  

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”   (Ali Imran : 103)                                                                                        

                                 
untuk penambahan ilmu lagi mengenai ini mari kita sama-sama hadir dalam "Talk Islamophobia" yang akan disampaikan oleh Ustaz Sya'ri (Ibrah Paradigm Consultant) .



Butiran program adalah seperti berikut :
Tajuk : Talk Islamophobia 
Penceramah : Ustaz Sya'ri
Tarikh : 17 Januari 2012
Tempat : Dataran Masjid As-Syakirin Uitm Segamat
Masa : 9 - 11 malam

semua siswa siswi dijemput hadir bagi menambah kefahaman dan mengungkai setiap persoalan yang bermain difikiran . wassalam ~ 

"Mahasiswa Pemangkin Generasi Islam" 

Tiada ulasan:

Disqus for Permas