Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat serta sahabiah, rakan serta kawan , teman dan seterusnya kepada semua yang membaca entri ini. Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama bersyukur kehadrat ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk terus hidup dan Alhamdulillah kerana diberi nikmat yang paling besar iaitu Iman dan Islam.
Tazkirah ringkas daripada kami melalui sebuah cerita yang padat dengan manfaat dan cerita yang penuh dengan pengajaran dan nilai sebuah kehidupan.
Seorang anak murid bertemu dengan gurunya dan bertanya pada gurunya :
Murid : Bagaimanakah caranya untuk kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup wahai guru??
Guru : Berjalan luruslah engkau wahai anakku di taman bunga , lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu & jangan pernah kembali kebelakang.
........... Setelah berjalan dan sampai di hujung taman , si anak kembali dengan tangan yang kosong dan wajah yang hampa . Lalu guru bertanya .
Guru : Mengapa kamu tidak mendapatkan sekuntum bunga pun??
Murid : Sebenarnya tadi aku sudah menemukan sekuntum bunga yang sangat indah di mataku tapi aku tidak memetknya kerana aku fikir mungkin di depan pasti ada yang lebih indah namun ketika aku sudah sampai di hujung taman , baru aku sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang paling indah , dan aku tidak boleh lagi pusing kebelakang.
.....dengan tersenyum Guru berkata :-)
"Ya , itulah kehidupan semakin banyak kita mencari kesempurnaan semakin kita pula tidak akan pernah mendapatkannya kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada , yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima setiap kekurangan"
Pesanan ikhlas dari kami ,
Ingatlah bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu dengan kuasa Allah . Jangan pernah ragu dengan kuasanya dan mari kita sedari untuk mencari kesempurnaan adalah dengan bersyukur keatas semua nikmat yang Allah berikan supaya dengan nikmat sedikit yang kita syukuri itu Allah akan
tambahkan dengan nikmat yang banyak.. wallahualam ~
" Jangan terlalu mencari kesempurnaan kerana jika kita terlalu mencari kesempurnaan , kita akan kehilangan kesempurnaan yang telah kita miliki sebelum ini "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan