Pengenalan

PENGENALAN PERMAS


Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin (PERMAS) merupakan sebuah  persatuan Islam yang paling lama bergiat aktif di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor. 

PERMAS juga merupakan sebuah persatuan yang bercorak dakwah yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan mempunyai sejarah penubuhannya sendiri.

PERMAS kini dengan moto 'Mahasiswa Pemangkin Generasi Islam'  telah menjadi sebuah persatuan Islam yang bergiat aktif dalam penyebaran dakwah di kampus UiTM Johor melalui program-program yang dianjurkan.


PERMAS yang dinaugi oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ini telah diterajui oleh dua orang penasihat iaitu Ustaz Kamaruddin Bin Majid dan Ustaz Kamarulzaman Bin Sulaiman.


Pada Semestar Disember-Mac 2012/2013 ini, PERMAS sekali lagi telah berubah tanzim kepimpinan dari tanzim yang lama ke tanzim yang baru.

Pada tanzim kepimpinan baru ini, PERMAS telah mengekalkan visi yang lama serta meletakkan beberapa misi baru yang ingin dicapai pada semestar ini. Selain itu, PERMAS juga telah memperkenalkan beberapa program baru bagi mempertingkat tahap pengurusan PERMAS agar segala misi dan visi permas yang dicipta tercapai hendakNya.

VISI PERMAS

Persatuan yang bermatlamat untuk mengembalikan kegemilangan masjid sebagai institusi utama dan pemangkin kepada usaha-usaha tersebut.


MISI PERMAS
  • Mengajak siswa dan siswi mengimarahkan masjid dalam mengembalikan fungsi masjid sebagai tempat ibadah dan sumber ilmu.
  • Merapatkan ukhwah antara ahli PERMAS dan mayarakat kampus.
  • Menjadikan PERMAS sebagai persatuan yang mendekatkan mahasiswa dengan penghayatan Islam.
  • Menjana keperibadian muslim yang sebenar dengan program yang dianjurkan.

MOTO PERMAS

"Mahasiswa Pemangkin Generasi Islam"


PROGRAM BARU PERMAS

Penubuhan Biro Perhubungan dan Kebajikan mengantikan Biro Pengurusan Masjid. 

Permas TV Show

Innovator Group


Pasar Malam



HUBUNGI KAMI DI:

Biro Perhubungan dan Kebajikan
 MOHD BASIRUN BIN ZAINOL ABIDIN
017-5598985

NUR FARAH HANI BINTI KHALIL
017-3073179

Email
permasuitm11@gmail.com

Facebook

Disqus for Permas