Innovator Group

INNOVATOR GROUP

Innovator Group merupakan kumpulan-kumpulan kecil yang ditubuhkan oleh Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin. 

Innovator Group ini dengan rasminya ditubuhkan pada 7 Disember 2011 semasa Mesyuarat Agung Persatuan atau lebih dikenali sebagai AGM oleh masyarakat kampus UiTM Johor. 

Kumpulan ini merupakan kesinambungan dari kumpulan Teens Circle Centre (TCC) Permas. Kumpulan TCC ini diberi nafas baru dengan penjenamaan semula sebagai Innovator Group. 

Innovator Group ini dikendalikan oleh Biro Alumni dan Majlis Syura yang diketuai oleh Nik Fikree Shah Bin Nik Mat Fauzi dan penolongnya, Suhanah Binti Suratman.

Kemunculan Innovator Group ini diharap dapat menjadi salah satu wadah pengerak yang mampu mendekatkan mahasiswa dengan penghayatan Islam yang sebenar.

VISI 
Menjadikan PERMAS sebagai Persatuan Islam rujukan utama kampus.

MISI 
  • Melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar.
  • Menubuhkan skuad cegah maksiat.
  • Menggalakkan group diskusi ilmu sesama ahli.
  • Melaksanakan usrah untk ahli PERMAS.

OBJEKTIF
  • Melahirkan generasi pelapis pimpinan PERMAS.
  • Melaksanakan gerak kerja yang lebih efektif.
  • Mengeratkan ukhwah sesama ahli PERMAS.







~Mahasiswa Pemangkin Generasi Islam~

Disqus for Permas