Selasa, 27 Ogos 2013

DA'IE MUDA: KUPASAN ISU MESIR [PROMO]



Debaran Pentas Akhir Daie Muda PERMAS 2013 semakin terasa!

Nantikan! Kupasan isu Mesir oleh barisan Daie Muda.

Hari: Selasa (27/8/2013)
Masa: 5.15ptg - 6.30ptg
Tempat: Pasar UiTM Segamat

Jom! Saksikan kehebatan mereka 





#KeepPraying4Them

Isnin, 19 Ogos 2013

DAIE MUDA; SARINGAN [PROMO]




Kemuncak pencarian Daie Muda PERMAS 2013 semakin hampir. Pelbagai ujian dan rintangan sudah mereka lalui. Antaranya Street Dakwah, program solat hajat dan bacaan Yaasin untuk keamanan negara Islam, Riadah dan tasmik hadis dan potongan ayat Al-Quran.

Bermula dari 11 peserta yang bersaing membuktikan kemampuan mereka berjuang demi memartabatkan ajaran Islam sememangnya dahagakan pemimpin-pemimpin muda untuk menjadi qudwah yang baik kepada masyarakat kampus dan contoh kepada generasi akan datang.

Saksikan mereka pada malam ini bermula jam 9 malam di LTI, UiTM Segamat. Jumpa di sana!

Mahasiswa Pemangkin Generasi Islam

Ahad, 18 Ogos 2013

PENCARIAN DAIE MUDA; SARINGAN


Buat pertama kalinya, PERMAS menganjurkan program Pencarian Daie Muda untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cakna terhadap perkembangan semasa sama ada dalam atau luar negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring dengan arus globalisasi.

Program ini cuba membawa mahasiswa bergerak lebih kehadapan dengan melihat serta mentafsirkan sesuatu perkara tanpa batas sempadan mengikut syariat Islam. Hali ini menuntut peri pentingnya ilmu kepada mahasiswa dalam usaha membentuk mahasiswa yang berfikiran terbuka, matang dan berdikari.

Program Pencarian Daie Muda ini merupakan program yang akan dianjurkan oleh PERMAS bagi mewujudkan modal insan yang berkualiti dari aspek rohani, jasmani, mental dan intelek sebagai “qudwah hasanah” kepada seluruh warga UiTM SEGAMAT amnya. 



Pada hari Isnin bersamaan 19/8 akan berlangsungnya pertandingan saringan pencarian Daie Muda PERMAS 2013. 12 peserta daie muda akan bertanding yang terdiri daripada 6 muslimin dan 6 muslimat.

Lokasi pertandingan akan diadakan di LT1. Bermula pada pukul 9.00 malam dan akan diadili oleh juri-juri yang hebat. Seluruh warga UiTM Segamat dijemput hadir. 

Siapakah Daie Muda PERMAS yang pertama?

Mahasiswa Pemangkin Generasi Islam.

Sabtu, 17 Ogos 2013

DAIE MUDA: RIADAH

Pada hari jumaat bersamaan 16/8/2013 bermula jam 6.00 petang, para peserta Daie Muda Karnival KASIH 2013 telah turun ke padang-padang sukan dan rekreasi di seluruh UiTM Cawangan Johor untuk beridah dan mendekatkan diri dengan warga kampus.

Melalui riadah ini juga menjadi salah satu lapangan untuk para Daie Muda menjalin ukhuwah menyemai kasih antara mereka. Tak kenal maka tak cinta. Ya tak? 








Badan kita dipinjamkan Allah buat sementara waktu dan adat meminjam, perlulah menjaga badan dengan baik. Inilah antara tanggungjawab yang perlu kita tunaikan segera. Usah beri alasan tidak ada masa kerana semua orang diberikan 24 jam sehari, tidak lebih dan tidak kurang. 

Beza antara kita ialah semangat dan kemahuan untuk memulakan hidup baru yang aktif. Seorang pendakwah yang baik bukan sekadar mampu membuat orang terkesan dengan hujah tarbiyyah nya sahaja, bahkan mampu meletakkan diri dalam kalangan masyarakat dan bergaul dengan mereka untuk menunjukkan akhlak yang baik

AL AQLU SALIM FI JISMI SALIM

Khamis, 15 Ogos 2013

Daie Muda: Solat Hajat Keamanan Dunia




Pada malam ini bersamaan 15/8/2013 program pencarian Daie Muda PERMAS 2013 akan diteruskan lagi dengan solat hajat dan bacaan Yaasin. Program bermula selepas solat maghrib di Masjid Asy-Syakirin UiTM Segamat. Tujuan program ini diadakan untuk membuka mata mahasiswa dan umat Islam bahawasanya saudara kita di Mesir, Syria dan beberapa buah negara Islam yang lain sedang bergolak serta ramai telah terbunuh.

Tunjukkan sokongan kita. Mahasiswa pemangkin generasi Islam.


Rabu, 14 Ogos 2013

DAIE MUDA: STREET DAKWAH

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pada hari semalam; Selasa bersamaan 13 Ogos 2013, peserta Daie Muda PERMAS 2013 telah diberi tugasan berdakwah di tempat awam iaitu di Intan Food Court (IFC) UiTM Segamat. Program ini dikenali sebagai Street Dakwah Daie Muda. 

Para Daie ditugaskan untuk mengedarkan risalah dan pada waktu yang sama menerangkan tentang peranan kita sebagai seorang Islam, seorang muslim. Disamping itu mereka perlu menawan hati pelajar, pekerja food court mahupun orang awam yang berada di situ dengan menunjukkan qudwah yang baik.

Mereka diberi masa selama lebih kurang setengah jam untuk menyelesaikan tugas tersebut. Syukur kepada Allah, program ini berlangsung dengan jayanya dan mendapat respon yang positif. Alhamdulillah.

Berikut adalah antara gambar yang menyaksikan gelagat para Daie (Muslimin) yang sempat dirakam pada petang semalam;



Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" [Fussilat:33]

Jazakumullah khairan buat semua yang menjayakan Street Dakwah Daie Muda PERMAS 2013 ini.


p/s: Ketemu peserta Daie muda di program yang akan datang.


Wallahualam. 
Moga Allah redha ^^,


Selasa, 13 Ogos 2013

CALON DA'IE MUDA (MUSLIMAT)

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Dengan punuh takzimnya PERMAS memperkenalkan calon-calon Da'ie Muda 2013;

jeng jeng jeng...













CALON DA'IE MUDA (MUSLIMIN)

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Dengan punuh takzimnya PERMAS memperkenalkan calon-calon Da'ie Muda 2013;

jeng jeng jeng...









Isnin, 12 Ogos 2013

PENCARIAN DA'IE MUDA


Buat pertama kalinya, PERMAS menganjurkan program Pencarian Daie Muda untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cakna terhadap perkembangan semasa sama ada dalam atau luar negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring dengan arus globalisasi.

Program ini cuba membawa mahasiswa bergerak lebih kehadapan dengan melihat serta mentafsirkan sesuatu perkara tanpa batas sempadan mengikut syariat Islam. Hali ini menuntut peri pentingnya ilmu kepada mahasiswa dalam usaha membentuk mahasiswa yang berfikiran terbuka, matang dan berdikari.

Program Pencarian Daie Muda ini merupakan program yang akan dianjurkan oleh PERMAS bagi mewujudkan modal insan yang berkualiti dari aspek rohani, jasmani, mental dan intelek sebagai “qudwah hasanah” kepada seluruh warga UiTM SEGAMAT amnya. 

Nantikan kedatangan daie muda UiTM Segamat.




Rabu, 7 Ogos 2013

SALAM LEBARAN




Kami daripada saf pimpinan permas mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat. 

Semoga lebaran kali ini membawa rahmat kepada kita semua... Insyaallah...


Disqus for Permas