Khamis, 29 Disember 2011

Melewati hari-hari yang mendatang


Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Syukur kehadratNya kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan menghirup udaranya yang segar. Syukur Alhamdulillah dengan bantuan sahabat-sahabat, blog PERMAS dapat berjalan semula.

PERMAS berharap, blog yang telah tertubuh semula ini dapat
menjadi salah satu wadah penting sahabat-sahabat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terbaru PERMAS dan sebagai salah satu medium perkongsian ilmu bersama sahabat sekalian.



PERMAS pada semestar ini dengan moto "Mahasiswa Pemangkin Generasi Islam" telah merancang pelbagai program menarik yang berunsur dakwah untuk disajikan kepada masyarakat kampus UiTM Johor khususnya dan kepada masyarat umumnya. Melalui program-program yang dianjurkan, PERMAS berharap mahasiswa di kampus UiTM Johor khususnya dapat mengenali dan menghayati keindahan Islam yang sebenar. 



Mengimbau kembali sejarah kegemilangan Islam pada suatu masa dulu, warga muda merupakan aset penting yang menjadi nadi pengerak kegemilangan sesebuah tamadun. Menyedari akan kepentingan tenaga muda ini yang rata-ratanya merupakan mahasiswa di kampus UiTM Johor, PERMAS berhasrat untuk sama-sama melahirkan mahasiswa yang mempunyai akhlak dan keperibadian muslim sebenar, seterusnya dapat menjadi pemangkin kepada generasi Islam. Insya-Allah.


PERMAS sentiasa mengharapkan doa dan sokongan serta dorongan dari sahabat-sahabat untuk melewati hari-hari yang mendatang ini. Sokongan dan dorongan dari sahabat-sahabat adalah amat diperlukan agar segala berjalan lancar.


Akhir kata, semoga usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. dan semoga Islam terus tersebar di bumi UiTM Johor. Sekian.


~Mahasiswa Pemangkin Generasi Islam~

Tiada ulasan:

Disqus for Permas