Selasa, 24 November 2015

JUALAN SEMPENA MDS



Assalamualaikum w.b.t.dan Selamat Datang kepada seluruh mahasisawa UiTM Johor. PERMAS kini kembali dengan JUALAN PAKEJ MDS untuk sesi DISEMBER 2015. Pakat ramai-ramai beli pakej yang disediakan. Bermanfaat untuk kegunaan mahasiswa sepanjang memulakan perjalanan baru menuntut ilmu di UiTM Johor untuk pertama kali. Menarik ?? Apa tunggu lagi. Hubungi nombor tertera ya. 

Khamis, 2 Julai 2015

CAMPUS ISLAH CAMP ( C.I.C )

Alhamdulillah . Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan kesempatan menikmati fasa keampunan dalam bulan Ramadan kareem . Tingkatkan amal taqwa kita supaya dapat mencapai keredhaanNya.

PERMAS kini menganjurkan aktiviti yang membantu mahasiswa untuk sama-sama mempelajari ilmu yang dapat mendekatkan diri supaya dipertingkatkan amalan-amalan yang mulia disisiNya.InsyaAllah. Kehadiran semua mahasiswa amat digalakkan. Jom rebut peluang manfaatkan hujung minggu kita dengan aktiviti berfaedah.

Program : Campus Islah Camp ( C.I.C )
Tarikh : 2 Julai 2015 ( 5ptg ) - 4 Julai 2015
Tempat pendaftaran : Masjid As-Syakirin


 Ilmu adalah harta manusia.
Fastabaqul Khairat.


Selasa, 23 Jun 2015

Road To AGM

Mari ramai-ramai meriahkan AGM PERMAS bagi semester ini. Tidak lupa juga kepada yang ingin turut serta menjadi sebahagian dari keluarga PERMAS. Di sini peluangnya. PERMAS mengalu-alukan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi semua.


Isnin, 22 Jun 2015

Menuju Puncak

PERMAS mengucapkan selamat menduduki peperiksaan bagi seluruh mahasiswa dan mahasiswi Ijazah Sarjana Muda UiTM Johor. Persediaan yang rapi amat penting untuk membantu dalam menghadapi segala persoalan. Selagi ada masa, selagi itu manfaat semua peluang yang ada dan berusaha sebaik mugkin supaya perolehi hasil yang setanding dengan usaha. Ingatlah, Usaha Tangga Kejayaan.

"Menuntut Ilmu Itu Kewajipan Bagi Setiap Muslim"
 [ Hadis Tolabal Ilmi Faridatan A'la Kulli Muslim ]



Disqus for Permas