Pada entri kali ini, PERMAS ingin bercerita mengenai Karnival Explorasi Islam yang telah pun sampai ke penghujungnya pada 17 Januari 2012 lalu. Bagaimana dengan penerimaan sahabat-sahabat? Apakah sahabat-sahabat telah mendapat input berguna dari program ini? Harapan kami agar sahabat-sahabat sedikit sebanyak mendapat ilmu-ilmu berguna dari Karnival Explorasi Islam ini. Semoga usaha kami yang sedikit ini membawa perubahan ke dalam diri sahabat-sahabat sekalian.
PERMAS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga dengan kehadiran sahabat-sahabat dan para hadirin sekalian ke majlis ilmu ini mendapat keberkatan dari-Nya. Majlis ilmu yang diberkati ibarat taman-taman syurga seperti dalam hadis nabi:
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tabrani, Rasulullah saw bersabda, "Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu."
Beruntunglah kita dan bersyukurlah kita kerana dalam tidak kita sedari kita telah duduk di taman-taman syurga Allah. Alhamdulillah.
Sepanjang menjayakan program ini sebulan ini bermula 9 Disember 2011 dan berakhir 17 Januari 2012, sudah semestinya halangan dan kesusahan menjadi rencah kerja berpersatuan ini, akan tetapi bersyukur kepada Allah, semuanya berjalan lancar. Antara program PERMAS yang telah dijalankan adalah Perasmian Karnival Explorasi Islam, Disebalik Drama Tahajjud Cinta, Sujud Si Perantau, Saat Lafaz Sakinah Dan Islamophobia. Para hadirin, sahabat-sahabat dan semua yang telah menjayakan program kami adalah pendorong kami untuk terus menjayakan program ini walaupun pada asalnya kami dihambat pelbagai masalah akibat dari kekangan masa, ujian dan pertindihan aktiviti tapi akhirnya, Alhamdulillah terlaksana juga Karnival Explorasi Islam ini. Terima kasih kepada semuanya. Tidak dilupakan juga, ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran, rektor, timbalan rektor, ustaz dan para penceramah kerana sudi meluangkan untuk masa mengikuti program kami ini.
Segala kelemahan dan kekuragan sepanjang menjayakan program ini, PERMAS memohon ampun dan maaf. Segala comment yang membantu amat kami alu-alukan. Semoga program-program kami yang akan datang mendapat penyertaan dari sahabat-sahabat, rakan-rakan dan pembaca entri sekalian. Sekian. Bangunlah Islam dalam diri, kampus dan negaraku. :)
~Mahasiswa pemangkin generasi Islam~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan