Assalamualaikum dan salam mujahadah buat semua sahabat terutamanya kepada pelajar-pelajar diploma yang hampir menduduki peperiksaan akhir.
Peperiksaan akhir bakal menjelma, bagaimana persediaan sahabat-sahabat? bagaimana dengan study week ini? sudah digunakan untuk mula mengulangkaji pelajaran, menelaah buku atau masih lagi tidak memulakan sebarang persiapan. Walaubagaimanapun, penggunaan masa semasa study week ini kenalah digunakan dengan sebaik mungkin, gunakanlah masa-masa yang berharga ini untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat pecutan terakhir. Fokuslah pada final exam kerana inilah penentu kejayaan kita yang terbesar. Kami ada sedikit tips di saat akhir buat semua sahabat . Semoga tips ini berguna buat semua ^^
Persiapan peperiksaan mestilah diperlukan, Beberapa minggu sebelum peperiksaan, hendaklah mula membuat sedikit persiapan peperiksaan dengan membuat ulangkaji pelajaran. Membuat perbincangan berkumpulan adalah amat digalakkan sekali. Selain itu, mohonlah restu dan doa ibu, bapa dan keluarga. Beberapa hari sebelum peperiksaan, lengkapkanlah diri dengan bahan-bahan peperiksaan seperti pen, pensil, pembaris dan sebagainya. Jangan lupa diringkan dengan solat hajat dan doa.
Peperiksaan akhir bakal menjelma, bagaimana persediaan sahabat-sahabat? bagaimana dengan study week ini? sudah digunakan untuk mula mengulangkaji pelajaran, menelaah buku atau masih lagi tidak memulakan sebarang persiapan. Walaubagaimanapun, penggunaan masa semasa study week ini kenalah digunakan dengan sebaik mungkin, gunakanlah masa-masa yang berharga ini untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat pecutan terakhir. Fokuslah pada final exam kerana inilah penentu kejayaan kita yang terbesar. Kami ada sedikit tips di saat akhir buat semua sahabat . Semoga tips ini berguna buat semua ^^
TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Pertama-tamanya adalah menyemak jadual peperiksaan adalah sangat penting bagi menentukkan masa untuk belajar terutamanya pada saat-saat akhir ini. Ulangkaji dapat dilakukan dengan mendahulukan subjek peperiksaan yang ingin diambil terlebih dahulu . Yang keduanya adalah kunci peperiksaan , di sini ia bermaksud melakukan sebanyak mungkin latihan dan membuat banyak ulangkaji, lebih-lebih lagi pada saat akhir. Selain itu, bagi memudahkan proses mengulangkaji, calon bolehlah menyemak dan membuat latihan soalan-soalan semestar lepas.
Tentukan keutamaan pada saat akhir ini, sahabat dinasihatkan mengutamakan subjek-subjek yang lemah dan kurang dikuasai. Janganlah tertumpu sepenuhnya kepada subjek-subjek yang digemari sahaja dan mengabaikan subjek yang kurang dikuasai. Seterusnya adalah kena belajar mengingat , Pelbagai cara boleh digunakan untuk menghafal, antaranya adalah dengan membaca berulangkali sesuatu subjek itu, terutamanya subjek membaca. Selain itu dengan membuat pelbagai latihan, insyaAllah daya ingatan akan menjadi kuat. Antara cara lain untuk daya ingatan yang kuat boleh ikhtiarkan lihat benda-benda yang baik terutamanya pada warna seperti hijau dan kuning. Selain itu boleh amalkan makan kismis dan amalkan surah alam nasyrah.
Selain itu, elakkan situasi yang boleh menganggu perasaan semasa atau sebelum menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, buatlah persiapan fizikal dan mental. Jagalah juga kesihatan dan pemakanan. Sewaktu peperiksaan ini, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Tanpa kesihatan, maka terjejaslah seluruh sistem kehidupan seorang individu itu. Akhir sekali berdoa dan bertawakal setelah berusaha, doa adalah senjata orang-orang yang mukmin .
Faiza 'azamta fatawakkal alallah, apabila kamu telah membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya (3:159).
Yakinlah Allah sentiasa ada bersama dengan kita untuk membantu di medan peperiksaan. Bertawakallah dengan segala jawapan yang telah dijawab semasa peperiksaan berjalan, semoga jawapan yang diberikan adalah jawapan yang terbaik.
Semoga dengan sedikit tips yang disediakan ini berguna untuk sahabat-sahabat bagi menghadapi peperiksaan. Kami ingin sekali mengucapkan salam mujahid dan salam imtihan kepada sahabat-sahabat yang bakal menduduki peperiksaan. Assalam dan salam maju jaya ^^
~ berdakwah no.1 tapi study bukan no.2 ~
Man Jadda , Wa Jada .
"Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami"
-Al-Kahfi :10-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan