Assalammualiakum kepada saudaraku yang disayangi oleh Allah S.W.T. Insyaallah pengisian pada kali ini lebih menyentuh mengenai niat kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi yang indah ini dan kejujuran dalam hidup. Ana ucapkan tahniah, jika seseorang telah menyedari bahawa dia tersasar daripada tujuan asalnya untuk melakukan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi apabila tujuan utamanya untuk melakukan kebaikan, namun ketika dirinya menghampiri persimpangan untuk melakukan perkara yang tidak baik, dia segera beringat dan berpatah kembali. Alhamdulillah semoga niat kita terus diredhai oleh Allah S.W.T sebagai seorang pelajar dan anak kepada ibu bapanya.
Mendahulukan Niat
Niat merupakan penghulu bagi setiap perkara yang ingin dilaksanakan. Benarlah pemilihan Imam al-Nawawi dengan meletakkan hadis tentang niat dalam susunan ‘al-Arba’in al-Nawawiyah’. Niat bertindak sebagai ketua segala perbuatan dan gerak laku seseorang sebelum bertindak.
Hadis masyhur yang menyarakan agar setiap perbuatan itu disertakan dengan niat memberi ruang agar diberi pilihan dalam setiap perkara yang ingin dilakukan sama ia dibuat untuk dunia, orang tertentu atau sesuatu yang diingini. Niat juga akan merealisasikan keinginan seseorang. Oleh sebab itu, tetapkan niat dalam diri untuk setiap perkara yang ingin dilakukan.


