Jumaat, 6 September 2013
Khamis, 5 September 2013
DAIE MUDA: PENTAS AKHIR [PROMO]
Debaran pencarian Daie Muda PERMAS 2013 kian terasa. Program ini bakal menemui titik noktah dengan enam finalis yang akan berentap di pentas akhir pada malam jumaat ini.
Kemuncak Pentas Akhir Daie Muda PERMAS 2013 dan Majlis penutupan Karnival KASIH akan diadakan pada 6 September 2013, jam 9.00 malam di Dewan Kuilah 1, Blok Kayangan UiTM Segamat.
Pencarian peserta daie muda telah bermula pada bulan Julai yang lalu dan dikendalikan oleh saf pimpinan PERMAS. Pemilihan yang dilakukan untuk memilih peserta yang layak ke peringkat akhir telah diadakan pada 19 Ogos 2013 oleh panel juri dibarisi Pensyarah ACIS (Akademi Pengajian Islam Kontemporari ) iaitu Ustaz Zaki, Ustaz Hazwan dan Ustaz Adam Zakaria.
Menampilkan Imam Muda Mujahid sebagai Duta Daie Muda PERMAS 2013 yang akan hadir bersama peserta daie muda pada malam kemuncak tersebut. Dalam pertandingan ini, menyaksikan kehebatan persembahan 6 orang peserta berentap dalam persembahan masing-masing. 3 orang peserta muslimin dan 3 orang peserta muslimat akan bersaing pada pertandingan kali ini.
Kali ini juga menyaksikan kegembiraan dan keterujaan mereka untuk mengetahui siapakah yang akan muncul sebagai juara daie muda. Adakah gelaran juara Daie Muda PERMAS 2013 buat kali pertama milik DM Muzammil? DM Najmuddin? DM Adnan? DM Najahtulhuda? DM Irdina? Atau DM Mariam?
Untuk menentukan juara musim ini, mereka perlu melakukan tiga tugasan wajib iaitu Street Dawah, berforum serta Menghafal potongan ayat al-Quran dan hadis juga akan memberi tazkirah ringkas pada malam kemuncak pentas akhir daie muda.
Saksikan persembahan dan hujah mereka. Muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk melihat sendiri persembahan berbakat daripada finalis Daie Muda PERMAS 2013.
Selasa, 3 September 2013
DAIE MUDA: FORUM DAIE MUDA #2 [PROMO]
Saksikan persembahan dan hujah dari peserta-peserta yang hebat. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
Tinggal lagi beberapa jam sahaja.
Ayuh semua kita berikan sokongan kepada para peserta Daie Muda PERMAS 2013!!!
DAIE MUDA: FORUM DAIE MUDA #1
Tahniah kepada finalis Daie Muda Permas 2013
(Daie Muda Muzammil, Daie Muda Nuradnan dan Daie Muda Mariam)
yang telah menjayakan forum yang bertajuk "Peranan Individu Terhadap Saudara Sesama Islam".
Alhamdulillah! Forum sebentar tadi mendapat sambutan baik dari warga kampus.
Jazakumullah khairan khateerah buat semua yang hadir.
Jazakumullah khairan khateerah buat semua yang hadir.
Nantikan 3 lagi finalis Daie Muda Permas 2013 pada 3 September 2013 pada waktu dan tempat yang sama.
Jom pakat datang ramai-ramai.. :)
Ahad, 1 September 2013
DAIE MUDA: FORUM DAIE MUDA #1 [PROMO]
Assalamualaikum. Pada hari Isnin bersamaan 2/9/2013, program Daie Muda PERMAS 2013 diteruskan lagi dengan FORUM DAIE MUDA. Program ini akan bermula selepas solat maghrib di Masjid As-Syakirin UiTM Segamat.
Saksikan persembahan dan hujah dari peserta-peserta yang hebat.
Saksikan persembahan dan hujah dari peserta-peserta yang hebat.
Khamis, 29 Ogos 2013
Selasa, 27 Ogos 2013
Isnin, 19 Ogos 2013
DAIE MUDA; SARINGAN [PROMO]
Kemuncak pencarian Daie Muda PERMAS 2013 semakin hampir. Pelbagai ujian dan rintangan sudah mereka lalui. Antaranya Street Dakwah, program solat hajat dan bacaan Yaasin untuk keamanan negara Islam, Riadah dan tasmik hadis dan potongan ayat Al-Quran.
Bermula dari 11 peserta yang bersaing membuktikan kemampuan mereka berjuang demi memartabatkan ajaran Islam sememangnya dahagakan pemimpin-pemimpin muda untuk menjadi qudwah yang baik kepada masyarakat kampus dan contoh kepada generasi akan datang.
Saksikan mereka pada malam ini bermula jam 9 malam di LTI, UiTM Segamat. Jumpa di sana!
Mahasiswa Pemangkin Generasi Islam
Ahad, 18 Ogos 2013
PENCARIAN DAIE MUDA; SARINGAN
Buat pertama kalinya, PERMAS menganjurkan program Pencarian Daie Muda untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cakna terhadap perkembangan semasa sama ada dalam atau luar negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring dengan arus globalisasi.
Program ini cuba membawa mahasiswa bergerak lebih kehadapan dengan melihat serta mentafsirkan sesuatu perkara tanpa batas sempadan mengikut syariat Islam. Hali ini menuntut peri pentingnya ilmu kepada mahasiswa dalam usaha membentuk mahasiswa yang berfikiran terbuka, matang dan berdikari.
Program Pencarian Daie Muda ini merupakan program yang akan dianjurkan oleh PERMAS bagi mewujudkan modal insan yang berkualiti dari aspek rohani, jasmani, mental dan intelek sebagai “qudwah hasanah” kepada seluruh warga UiTM SEGAMAT amnya.
Pada hari Isnin bersamaan 19/8 akan berlangsungnya pertandingan saringan pencarian Daie Muda PERMAS 2013. 12 peserta daie muda akan bertanding yang terdiri daripada 6 muslimin dan 6 muslimat.
Lokasi pertandingan akan diadakan di LT1. Bermula pada pukul 9.00 malam dan akan diadili oleh juri-juri yang hebat. Seluruh warga UiTM Segamat dijemput hadir.
Siapakah Daie Muda PERMAS yang pertama?
Mahasiswa Pemangkin Generasi Islam.
Sabtu, 17 Ogos 2013
DAIE MUDA: RIADAH
Pada hari jumaat bersamaan 16/8/2013 bermula jam 6.00 petang, para peserta Daie Muda Karnival KASIH 2013 telah turun ke padang-padang sukan dan rekreasi di seluruh UiTM Cawangan Johor untuk beridah dan mendekatkan diri dengan warga kampus.
Melalui riadah ini juga menjadi salah satu lapangan untuk para Daie Muda menjalin ukhuwah menyemai kasih antara mereka. Tak kenal maka tak cinta. Ya tak?
Badan kita dipinjamkan Allah buat sementara waktu dan adat meminjam, perlulah menjaga badan dengan baik. Inilah antara tanggungjawab yang perlu kita tunaikan segera. Usah beri alasan tidak ada masa kerana semua orang diberikan 24 jam sehari, tidak lebih dan tidak kurang.
Beza antara kita ialah semangat dan kemahuan untuk memulakan hidup baru yang aktif. Seorang pendakwah yang baik bukan sekadar mampu membuat orang terkesan dengan hujah tarbiyyah nya sahaja, bahkan mampu meletakkan diri dalam kalangan masyarakat dan bergaul dengan mereka untuk menunjukkan akhlak yang baik
AL AQLU SALIM FI JISMI SALIM
Beza antara kita ialah semangat dan kemahuan untuk memulakan hidup baru yang aktif. Seorang pendakwah yang baik bukan sekadar mampu membuat orang terkesan dengan hujah tarbiyyah nya sahaja, bahkan mampu meletakkan diri dalam kalangan masyarakat dan bergaul dengan mereka untuk menunjukkan akhlak yang baik
AL AQLU SALIM FI JISMI SALIM
Khamis, 15 Ogos 2013
Daie Muda: Solat Hajat Keamanan Dunia
Pada malam ini bersamaan 15/8/2013 program pencarian Daie Muda PERMAS 2013 akan diteruskan lagi dengan solat hajat dan bacaan Yaasin. Program bermula selepas solat maghrib di Masjid Asy-Syakirin UiTM Segamat. Tujuan program ini diadakan untuk membuka mata mahasiswa dan umat Islam bahawasanya saudara kita di Mesir, Syria dan beberapa buah negara Islam yang lain sedang bergolak serta ramai telah terbunuh.
Tunjukkan sokongan kita. Mahasiswa pemangkin generasi Islam.
Rabu, 14 Ogos 2013
DAIE MUDA: STREET DAKWAH
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah pada hari semalam; Selasa bersamaan 13 Ogos 2013, peserta Daie Muda PERMAS 2013 telah diberi tugasan berdakwah di tempat awam iaitu di Intan Food Court (IFC) UiTM Segamat. Program ini dikenali sebagai Street Dakwah Daie Muda.
Para Daie ditugaskan untuk mengedarkan risalah dan pada waktu yang sama menerangkan tentang peranan kita sebagai seorang Islam, seorang muslim. Disamping itu mereka perlu menawan hati pelajar, pekerja food court mahupun orang awam yang berada di situ dengan menunjukkan qudwah yang baik.
Mereka diberi masa selama lebih kurang setengah jam untuk menyelesaikan tugas tersebut. Syukur kepada Allah, program ini berlangsung dengan jayanya dan mendapat respon yang positif. Alhamdulillah.
Berikut adalah antara gambar yang menyaksikan gelagat para Daie (Muslimin) yang sempat dirakam pada petang semalam;
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" [Fussilat:33]
Jazakumullah khairan buat semua yang menjayakan Street Dakwah Daie Muda PERMAS 2013 ini.
p/s: Ketemu peserta Daie muda di program yang akan datang.
Wallahualam.
Moga Allah redha ^^,
Selasa, 13 Ogos 2013
Isnin, 12 Ogos 2013
PENCARIAN DA'IE MUDA
Buat pertama kalinya, PERMAS menganjurkan program Pencarian Daie Muda untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cakna terhadap perkembangan semasa sama ada dalam atau luar negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring dengan arus globalisasi.
Program ini cuba membawa mahasiswa bergerak lebih kehadapan dengan melihat serta mentafsirkan sesuatu perkara tanpa batas sempadan mengikut syariat Islam. Hali ini menuntut peri pentingnya ilmu kepada mahasiswa dalam usaha membentuk mahasiswa yang berfikiran terbuka, matang dan berdikari.
Program Pencarian Daie Muda ini merupakan program yang akan dianjurkan oleh PERMAS bagi mewujudkan modal insan yang berkualiti dari aspek rohani, jasmani, mental dan intelek sebagai “qudwah hasanah” kepada seluruh warga UiTM SEGAMAT amnya.
Nantikan kedatangan daie muda UiTM Segamat.
Rabu, 7 Ogos 2013
Rabu, 24 Julai 2013
SIAPA PENEMAN AWAK ?
Terima kasih kami ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat warga UiTM Segamat yang hadir pada malam semalam. Ceramah "Siapa Peneman Awak?" yang disampaikan oleh Ustaz Fakhrul Radhi mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ustaz berjaya mengupaskan tajuk tersebut secara santai dan menghiburkan. Moga majlis ilmu seperti ini berkembang luas di UiTM Segamat.
Antara kata-kata Ustaz Fakhrul Radhi, 'hidup di dunia pahit kerana syurga itu manis'. Sama-sama kita mengejar cinta akhirat dan jadikan Al-Quran sebagai peneman hidup di hari akhirat nanti.
Credit: FB Ustaz Fakhrul Radhi |
Barisan ahli jawatankuasa PERMAS bersama Ustaz Fakhrul Radhi pada malam ceramah "Siapa Peneman Awak?"
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. [Riwayat Muslim]
Ahad, 14 Julai 2013
BENGKEL 3T (Tadarus, Tajwid dan Taranum)
Alhamdulillah. Dengan izin Allah, Bengkel 3T (Taranum, Tajwid, Taranum) dan majlis Perasmian Karnival KASIH yang dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Johor, Dr. Mohd Halim Kadri berjaya dilangsungkan pada 13 dan 14 Julai. Tahniah diucapkan kepada semua barisan pimpinan PERMAS dan peserta yang hadir. Semoga kita ketemu lagi di aktiviti yang akan datang.
Bengkel 3T (Tadarus, Taranum, Tajwid) bersama Ustaz Azrul Iswan, Imam Besar UiTM Segamat.
Bengkel 3T (Tadarus, Taranum, Tajwid) bersama Ustaz Kamaruddin bin Majid, Penasihat PERMAS UiTM Segamat.
Dari Abu Hurairah ra. ia berkata, Rasulullah saw. bersabda: "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." ([HR Muslim]
Moga Allah redha, inshaAllah :)
Sabtu, 6 Julai 2013
KARNIVAL KASIH 2013
Bismillahirrahmanirrahim. Persatuan Mahasiswa Masjid Asy-Syakirin (PERMAS) merupakan sebuah persatuan Islam yang bergiat aktif dalam memberi kesedaran kepada seluruh warga kampus tentang keindahan Islam. Oleh itu, PERMAS mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu lagi program yang dirancang khas buat semua warga kampus UiTM Segamat.
Karnival Aspirasi Syurga Impian Hidup (KASIH) adalah kesinambungan kepada Karnival Kami Anak Muda Sayang Islam (KAMI) yang berjaya dianjurkan oleh PERMAS pada semester lepas. Karnival ini merupakan salah satu platform kepada PERMAS untuk berkongsi ilmu Islam itu sendiri kepada warga kampus. Kali ini Karnival KASIH membawa tema “Menyelusuri Keindahan Islam”.
Program ini bertujuan memberi kesedaran tentang pentingnya ukhuwah atau hubungan baik antara ahli PERMAS dengan warga kampus itu sendiri. Program ini turut memberi gambaran sebenar tentang isu-isu yang berlaku terhadap Islam di seluruh pelusuk dunia. Disamping itu, program ini juga menggalakkan seluruh warga kampus menanam minat untuk berhibur terutamanya dengan cara yang tetap mengikut lunas-lunas syariat Islam. Tinggi harapan PERMAS, agar program yang dijalankan ini berjaya menarik minat setiap warga kampus dan objektif yang hendak dicapai terlaksana.
Buat pertama kalinya, PERMAS menganjurkan program Pencarian Daie Muda untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cakna terhadap perkembangan semasa sama ada dalam atau luar Negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring dengan arus globalisasi yang menuntut setiap isi masyarakat bersaing dengan lebih giat dan proaktif. Program ini cuba membawa mahasiswa bergerak lebih kehadapan dengan melihat serta mentafsirkan sesuatu perkara tanpa batas sempadan mengikut syariat Islam. Hali ini menuntut peri pentingnya ilmu kepada mahasiswa dalam usaha membentuk mahasiswa yang berfikiran terbuka, matang dan berdikari.
Program Pencarian Daie Muda ini merupakan program yang akan dianjurkan oleh PERMAS bagi mewujudkan modal insan yang berkualiti dari aspek rohani, jasmani, mental dan intelek sebagai “qudwah hasanah” kepada seluruh warga UiTM SEGAMAT amnya.
Semoga Karnival KASIH dirahmati Allah.
Sabtu, 19 Januari 2013
KARNIVAL K.A.M.I
Assalamualaikum wbt,
InsyaAllah buat julung kalinya kami Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin (PERMAS) menganjurkan KARNIVAL K.A.M.I pada :
Tarikh: 21 - 24, 29 Januari 2013
Tempat: PTDI 2, Dataran Sri Bendahara, Padang Utama (A)
Aktiviti-aktiviti menarik menanti anda ~
.: Jangan lepaskan peluang! Jom pakat datang bawa IMAN :.
InsyaAllah buat julung kalinya kami Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin (PERMAS) menganjurkan KARNIVAL K.A.M.I pada :
Tarikh: 21 - 24, 29 Januari 2013
Tempat: PTDI 2, Dataran Sri Bendahara, Padang Utama (A)
Aktiviti-aktiviti menarik menanti anda ~
1) Let's Make Money
2) Forum: Epilog Seorang Mahasiswa , Dimana Level Kita?
3) Konsert Mahabbah Rasulullah
4) Talk daripada Ustaz Zamri Mantop Tv9
Firman Allah Ta'ala , perniagaan Yang Menguntungkan
Kerja da'wah adalah satu perniagaan yang menguntungkan ~
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." (As-Saff 61: 10-13)
Langgan:
Catatan (Atom)