Rabu, 14 Ogos 2013

DAIE MUDA: STREET DAKWAH

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pada hari semalam; Selasa bersamaan 13 Ogos 2013, peserta Daie Muda PERMAS 2013 telah diberi tugasan berdakwah di tempat awam iaitu di Intan Food Court (IFC) UiTM Segamat. Program ini dikenali sebagai Street Dakwah Daie Muda. 

Para Daie ditugaskan untuk mengedarkan risalah dan pada waktu yang sama menerangkan tentang peranan kita sebagai seorang Islam, seorang muslim. Disamping itu mereka perlu menawan hati pelajar, pekerja food court mahupun orang awam yang berada di situ dengan menunjukkan qudwah yang baik.

Mereka diberi masa selama lebih kurang setengah jam untuk menyelesaikan tugas tersebut. Syukur kepada Allah, program ini berlangsung dengan jayanya dan mendapat respon yang positif. Alhamdulillah.

Berikut adalah antara gambar yang menyaksikan gelagat para Daie (Muslimin) yang sempat dirakam pada petang semalam;



Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" [Fussilat:33]

Jazakumullah khairan buat semua yang menjayakan Street Dakwah Daie Muda PERMAS 2013 ini.


p/s: Ketemu peserta Daie muda di program yang akan datang.


Wallahualam. 
Moga Allah redha ^^,


Tiada ulasan:

Disqus for Permas