Sabtu, 17 Ogos 2013

DAIE MUDA: RIADAH

Pada hari jumaat bersamaan 16/8/2013 bermula jam 6.00 petang, para peserta Daie Muda Karnival KASIH 2013 telah turun ke padang-padang sukan dan rekreasi di seluruh UiTM Cawangan Johor untuk beridah dan mendekatkan diri dengan warga kampus.

Melalui riadah ini juga menjadi salah satu lapangan untuk para Daie Muda menjalin ukhuwah menyemai kasih antara mereka. Tak kenal maka tak cinta. Ya tak? 








Badan kita dipinjamkan Allah buat sementara waktu dan adat meminjam, perlulah menjaga badan dengan baik. Inilah antara tanggungjawab yang perlu kita tunaikan segera. Usah beri alasan tidak ada masa kerana semua orang diberikan 24 jam sehari, tidak lebih dan tidak kurang. 

Beza antara kita ialah semangat dan kemahuan untuk memulakan hidup baru yang aktif. Seorang pendakwah yang baik bukan sekadar mampu membuat orang terkesan dengan hujah tarbiyyah nya sahaja, bahkan mampu meletakkan diri dalam kalangan masyarakat dan bergaul dengan mereka untuk menunjukkan akhlak yang baik

AL AQLU SALIM FI JISMI SALIM

Tiada ulasan:

Disqus for Permas