Khamis, 5 September 2013

DAIE MUDA: PENTAS AKHIR [PROMO]


Debaran pencarian Daie Muda PERMAS 2013 kian terasa. Program ini bakal menemui titik noktah dengan enam finalis yang akan berentap di pentas akhir pada malam jumaat ini.

Kemuncak Pentas Akhir Daie Muda PERMAS 2013 dan Majlis penutupan Karnival KASIH akan diadakan pada 6 September 2013, jam 9.00 malam di Dewan Kuilah 1, Blok Kayangan UiTM Segamat.

Pencarian peserta daie muda telah bermula pada bulan Julai yang lalu dan dikendalikan oleh saf pimpinan PERMAS. Pemilihan yang dilakukan untuk memilih peserta yang layak ke peringkat akhir telah diadakan pada 19 Ogos 2013 oleh panel juri dibarisi Pensyarah ACIS (Akademi Pengajian Islam Kontemporari ) iaitu Ustaz Zaki, Ustaz Hazwan dan Ustaz Adam Zakaria. 

Menampilkan Imam Muda Mujahid sebagai Duta Daie Muda PERMAS 2013 yang akan hadir bersama peserta daie muda pada malam kemuncak tersebut. Dalam pertandingan ini, menyaksikan kehebatan persembahan 6 orang peserta berentap dalam persembahan masing-masing. 3 orang peserta muslimin dan 3 orang peserta muslimat akan bersaing pada pertandingan kali ini.

Kali ini juga menyaksikan kegembiraan dan keterujaan mereka untuk mengetahui siapakah yang akan muncul sebagai juara daie muda. Adakah gelaran juara Daie Muda PERMAS 2013 buat kali pertama milik DM Muzammil? DM Najmuddin? DM Adnan? DM Najahtulhuda? DM Irdina? Atau DM Mariam?

Untuk menentukan juara musim ini, mereka perlu melakukan tiga tugasan wajib iaitu Street Dawah, berforum serta Menghafal potongan ayat al-Quran dan hadis juga akan memberi tazkirah ringkas pada malam kemuncak pentas akhir daie muda.

Saksikan persembahan dan hujah mereka. Muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk melihat sendiri persembahan berbakat daripada finalis Daie Muda PERMAS 2013.


Tiada ulasan:

Disqus for Permas