Assalamulaikum w.b.t.
Tanggal 27 Rejab maka bergemalah masyarakat Islam di seluruh dunia bagi menyambut satu peristiwa agung yang digelar Isra' dan Mi'raj. Tapi, adakah wajar bagi kita umat Islam sekadar menyambut dan tidak menghayati kisah disebalik kejadian yang hanya berlaku pada seorang manusia yang agung? Setiap tahun kita akan mendengar kisah tentang peristiwa ini, tapi berapa ramai yang mengambil pengajaran yang terdapat di dalam peristiwa tersebut?
Sebelum kita meneruskan 'bicara' eloklah kita mengimbas kembali serba sedikit tentang kisah yang hanya berlaku pada kekasih Allah ini. Pada mulanya, Rasulullah s.a.w mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda s.a.w disucikan dengan air zamzam dimana ketul hitam dibuang iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai sahaja pembedahan, Rasulullah didatangi oleh seekor binatang yang bernama buraq untuk ditunggangi Baginda s.a.w. dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Isra'”.
Peristiwa Isra' (perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa)
Sepanjang perjalanan ini Rasulullah s.a.w. ditemani oleh Malaikat Jibril dan juga Malaikat Israfil dimana Baginda diminta berhenti pada tempat-tempat tertentu bagi menunaikan solat dua rakaat.Antara tempat-tempat tersebut adalah:
I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)
Dalam perjalanan ini juga Rasulullah s.a.w. diganggu dengan Jin Ifrit dan baginda telah melihat beberapa peristiwa yang simbolik dan ajaib. Antaranya: