Isnin, 26 Disember 2011

Permulaan sebuah perjalanan

Assalamualaikum..

Kami dari barisan kepimpinan Permas ini mengucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin (PERMAS) yang terbaru. Sebelum kami mencoretkan lebih banyak isi cerita, kami ingin memohon beribu kemaafan kepada pembaca yang dihormati kerana telah membuat pembaca sekalian keliru dengan blog PERMAS yang sedia ada. Untuk pengetahuan pembaca yang dihormati, ini merupakan blog PERMAS yang keempat.
Blog-blog PERMAS yang lain sudah tidak digunakan lagi kerana terdapat kesulitan yang berlaku. Dengan kemunculan blog yang terbaru ini, kami dari barisan kepimpinan PERMAS berharap agar tiada lagi kekeliruan mengenai blog PERMAS dan kami juga berharap blog terbaru ini dapat menjadi titik permulaan bagi kami, kepimpinan PERMAS yang baru untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada bersama para pembaca.

Diharap para pembaca blog PERMAS sudi untuk terus menjadi pembaca blog kami dan semoga sedikit pengkongsian ilmu yang ingin disampaikan di blog ini mendapat manfaat bersama.

Semoga bertemu lagi. Assalam.. :)

Tiada ulasan:

Disqus for Permas