Rabu, 24 Julai 2013

SIAPA PENEMAN AWAK ?


Terima kasih kami ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat warga UiTM Segamat yang hadir pada malam semalam. Ceramah "Siapa Peneman Awak?" yang disampaikan oleh Ustaz Fakhrul Radhi mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ustaz berjaya mengupaskan tajuk tersebut secara santai dan menghiburkan. Moga majlis ilmu seperti ini berkembang luas di UiTM Segamat.


Antara kata-kata Ustaz Fakhrul Radhi, 'hidup di dunia pahit kerana syurga itu manis'. Sama-sama kita mengejar cinta akhirat dan jadikan Al-Quran sebagai peneman hidup di hari akhirat nanti.


Credit: FB Ustaz Fakhrul Radhi

Barisan ahli jawatankuasa PERMAS bersama Ustaz Fakhrul Radhi pada malam ceramah "Siapa Peneman Awak?"



Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. [Riwayat Muslim]


Ahad, 14 Julai 2013

BENGKEL 3T (Tadarus, Tajwid dan Taranum)


Alhamdulillah. Dengan izin Allah, Bengkel 3T (Taranum, Tajwid, Taranum) dan majlis Perasmian Karnival KASIH yang dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Johor, Dr. Mohd Halim Kadri berjaya dilangsungkan pada 13 dan 14 Julai. Tahniah diucapkan kepada semua barisan pimpinan PERMAS dan peserta yang hadir. Semoga kita ketemu lagi di aktiviti yang akan datang.



Bengkel 3T (Tadarus, Taranum, Tajwid) bersama Ustaz Azrul Iswan, Imam Besar UiTM Segamat.


Bengkel 3T (Tadarus, Taranum, Tajwid) bersama Ustaz Kamaruddin bin Majid, Penasihat PERMAS UiTM Segamat.


Dari Abu Hurairah ra. ia berkata, Rasulullah saw. bersabda: "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." ([HR Muslim]


Moga Allah redha, inshaAllah :)


Sabtu, 6 Julai 2013

KARNIVAL KASIH 2013



Bismillahirrahmanirrahim. Persatuan Mahasiswa Masjid Asy-Syakirin (PERMAS) merupakan sebuah persatuan Islam yang bergiat aktif dalam memberi kesedaran kepada seluruh warga kampus tentang keindahan Islam. Oleh itu, PERMAS mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu lagi program yang dirancang khas buat semua warga kampus UiTM Segamat.


Karnival Aspirasi Syurga Impian Hidup (KASIH) adalah kesinambungan kepada Karnival Kami Anak Muda Sayang Islam (KAMI) yang berjaya dianjurkan oleh PERMAS pada semester lepas. Karnival ini merupakan salah satu platform kepada PERMAS untuk berkongsi ilmu Islam itu sendiri kepada warga kampus. Kali ini Karnival KASIH membawa tema “Menyelusuri Keindahan Islam”.

Program ini bertujuan memberi kesedaran tentang pentingnya ukhuwah atau hubungan baik antara ahli PERMAS dengan warga kampus itu sendiri. Program ini turut memberi gambaran sebenar tentang isu-isu yang berlaku terhadap Islam di seluruh pelusuk dunia. Disamping itu, program ini juga menggalakkan seluruh warga kampus menanam minat untuk berhibur terutamanya dengan cara yang tetap mengikut lunas-lunas syariat Islam. Tinggi harapan PERMAS, agar program yang dijalankan ini berjaya menarik minat setiap warga kampus dan objektif yang hendak dicapai terlaksana.

Buat pertama kalinya, PERMAS menganjurkan program Pencarian Daie Muda untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cakna terhadap perkembangan semasa sama ada dalam atau luar Negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring dengan arus globalisasi yang menuntut setiap isi masyarakat bersaing dengan lebih giat dan proaktif. Program ini cuba membawa mahasiswa bergerak lebih kehadapan dengan melihat serta mentafsirkan sesuatu perkara tanpa batas sempadan mengikut syariat Islam. Hali ini menuntut peri pentingnya ilmu kepada mahasiswa dalam usaha membentuk mahasiswa yang berfikiran terbuka, matang dan berdikari.

Program Pencarian Daie Muda ini merupakan program yang akan dianjurkan oleh PERMAS bagi mewujudkan modal insan yang berkualiti dari aspek rohani, jasmani, mental dan intelek sebagai “qudwah hasanah” kepada seluruh warga UiTM SEGAMAT amnya. 

Semoga Karnival KASIH dirahmati Allah.

Disqus for Permas