Hari raya Aidilfitri di sambut oleh seluruh umat Islam di
pelusuk dunia ini. Tujuannya tidak lain tidak bukan bagi meraikan kejayaan kita
menahan nafsu daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa selama 30
hari di bulan ramadhan.
Diceritakan dalam satu riwayat, ketika berada di pagi
raya…selalunya nabi s.a.w suka berjalan-jalan di persekitaran bagi melihat
telatah kanak-kanak yang berada di dalam kegembiraan di suasana hari raya. Nabi
s.a.w. terlihat ada di kalangan kanak-kanak yang berbaju baru. Ada juga yang
memakai baju yang lama tetapi kemas disamping memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w
berbuat demikian kerana memang sifat semulajadi kanak-kanak itu ceria, jadi
secara tidak lansung ianya dapat menghidupkan suasana hari raya.
Sedang Rasulullah berjalan-jalan tetiba nabi s.a.w.
ternampak kelibat seorangkanak-kanak.. dilihatnya kanak-kanak yang keseorangan berada didalam kesedihan
ditambah pula dengan keadaan dirinya yang tidak terurus. Tanpa membuang masa
Pesuruh Allah (Rasulullah) pun mendekati budak itu.
Apabila nabi s.a.w mendekati budak itu lantas bertanya,
“mengapa engkau kesedihan wahai budak? ”. Lantas budak itu menjawab, “Aku tidak
punyai sesiapa didalam dunia ini lagi”. Nabi bertanya lagi “kemana perginya
kedua orang tua mu?” jawabnya “bapaku telah syahid di dalam peperangan
(badar@khandak) semasa di bawah pimpinan Muhammad Bin Abdullah”. Bertambah lagi
kesedihan budak itu apabila bercerita tentang ayahnya (berjujuran air mata
turun). Tanpa mengetahui yang sedang bercakap budak itu adalah nabi. Sambung
budak itu lagi “ibuku pula telah mengahwini lelaki lain setelah bapaku wafat,
dan aku telah melarikan diri daripada ibuku kerana tidak bersetuju dengan
tindakan ibuku itu”.
Lantas selepas mendengar ucapan kanak-kanak itu, Rasulullah
mengangkat dan mendakap budak itu dengan seerat mungkin sambil berjujuran air
mata Nabi yang jatuh membasahi bumi. Budak itu sudah dapat mengagak yang berada
di depan dan memluknya adalah Muhammad bin Abdullah yakni seorang nabi yang di
utuskan oleh Allah s.w.t.
Nabi bertanya kepada budak itu, “ mahukah engkau ku jadikan
anak angkat ?”. Kanak-kanak itu pun mengangguk
dan senyum sebagai tanda bersetuju. “Akan ku berikan pakaian anak-anakku kepada
mu”.
Demikianlah, kisahnya betapa mulianya peribadi nabi kita
Muhammad bin Abdullah s.a.w. Yang sama sekali tidak dapat kita bayangkan.
Jikalau sekarang ni, nabi masih hidup pastinya berpusu-pusu orang pergi
berjumpa dengan nabi.
TETAPI
Janganlah kita bersedih (La Tahzan) kerana pelbagai nikmat
Allah s.w.t. yang DIA bentangkan kepada umatnya yang tidak sempat bertemu
dengan Nabi s.a.w. Contohnya seperti malam Lailatul Qadar di bulan puasa,
segala amalan kita mudah untuk dapat pahala dan pelbagai lagi. Gunakanlah
nikmatNYA sebaik mungkin.
<<<Wallahualam>>>