- Menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni.
- Para pelajar disarankan tidak terlalu trikat dengan hal-hal keduniaan yang boleh melalaikan.
- Jangan bersikap angkuh dan bongkak terhadap guru.
- Pada tahap awal (sebelum mahir) elakkan diri mendengar perselisihan pendapat kerana dapat mengelirukan pemikiran.
- Tidak boleh meninggalkan disiplin ilmu yang teruji melainkan setelah membuat pertimbangan.
- Tidak memaksa untuk menguasai disiplin ilmu sekaligus.
- Tidak boleh mencampur adukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir.
- Perlu mengetahui objektif sesuatu ilmu yang dipelajari.
- Ikhlas dalam menuntut ilmu.
- Perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan dengan ilmu berbentuk sampingan.
Sumber : Imam Ghazali, Ihya' Ulumuddin