Mari ramai-ramai meriahkan AGM PERMAS bagi semester ini. Tidak lupa juga kepada yang ingin turut serta menjadi sebahagian dari keluarga PERMAS. Di sini peluangnya. PERMAS mengalu-alukan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi semua.
Selasa, 23 Jun 2015
Isnin, 22 Jun 2015
Menuju Puncak
PERMAS mengucapkan selamat menduduki peperiksaan bagi seluruh mahasiswa dan mahasiswi Ijazah Sarjana Muda UiTM Johor. Persediaan yang rapi amat penting untuk membantu dalam menghadapi segala persoalan. Selagi ada masa, selagi itu manfaat semua peluang yang ada dan berusaha sebaik mugkin supaya perolehi hasil yang setanding dengan usaha. Ingatlah, Usaha Tangga Kejayaan.
"Menuntut Ilmu Itu Kewajipan Bagi Setiap Muslim"
[ Hadis Tolabal Ilmi Faridatan A'la Kulli Muslim ]
Jumaat, 19 Jun 2015
Ramadhan Al-Mubarak 2015
Assalamualaikum,
Di kesempatan ini, warga PERMAS ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam terutamanya pelajar-pelajar dan staff di uitm johor. Marilah bersama-sama melakukan amal kebaikan dalam bulan mulia ini. InsyaAllah segala amalan kita mendapat ganjaran kelak.
PERMAS meyediakan takwin iftar dan imsak bagi zon segamat,
khas untuk warga uitm johor. Moga bermanfaat.
Fastabaqul Khoirat
Rabu, 18 Jun 2014
10 ADAB MENUNTUT ILMU
- Menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni.
- Para pelajar disarankan tidak terlalu trikat dengan hal-hal keduniaan yang boleh melalaikan.
- Jangan bersikap angkuh dan bongkak terhadap guru.
- Pada tahap awal (sebelum mahir) elakkan diri mendengar perselisihan pendapat kerana dapat mengelirukan pemikiran.
- Tidak boleh meninggalkan disiplin ilmu yang teruji melainkan setelah membuat pertimbangan.
- Tidak memaksa untuk menguasai disiplin ilmu sekaligus.
- Tidak boleh mencampur adukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir.
- Perlu mengetahui objektif sesuatu ilmu yang dipelajari.
- Ikhlas dalam menuntut ilmu.
- Perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan dengan ilmu berbentuk sampingan.
Sumber : Imam Ghazali, Ihya' Ulumuddin
Langgan:
Catatan (Atom)



