Khamis, 29 Ogos 2013
Selasa, 27 Ogos 2013
Isnin, 19 Ogos 2013
DAIE MUDA; SARINGAN [PROMO]
Kemuncak pencarian Daie Muda PERMAS 2013 semakin hampir. Pelbagai ujian dan rintangan sudah mereka lalui. Antaranya Street Dakwah, program solat hajat dan bacaan Yaasin untuk keamanan negara Islam, Riadah dan tasmik hadis dan potongan ayat Al-Quran.
Bermula dari 11 peserta yang bersaing membuktikan kemampuan mereka berjuang demi memartabatkan ajaran Islam sememangnya dahagakan pemimpin-pemimpin muda untuk menjadi qudwah yang baik kepada masyarakat kampus dan contoh kepada generasi akan datang.
Saksikan mereka pada malam ini bermula jam 9 malam di LTI, UiTM Segamat. Jumpa di sana!
Mahasiswa Pemangkin Generasi Islam
Ahad, 18 Ogos 2013
PENCARIAN DAIE MUDA; SARINGAN
Buat pertama kalinya, PERMAS menganjurkan program Pencarian Daie Muda untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cakna terhadap perkembangan semasa sama ada dalam atau luar negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring dengan arus globalisasi.
Program ini cuba membawa mahasiswa bergerak lebih kehadapan dengan melihat serta mentafsirkan sesuatu perkara tanpa batas sempadan mengikut syariat Islam. Hali ini menuntut peri pentingnya ilmu kepada mahasiswa dalam usaha membentuk mahasiswa yang berfikiran terbuka, matang dan berdikari.
Program Pencarian Daie Muda ini merupakan program yang akan dianjurkan oleh PERMAS bagi mewujudkan modal insan yang berkualiti dari aspek rohani, jasmani, mental dan intelek sebagai “qudwah hasanah” kepada seluruh warga UiTM SEGAMAT amnya.
Pada hari Isnin bersamaan 19/8 akan berlangsungnya pertandingan saringan pencarian Daie Muda PERMAS 2013. 12 peserta daie muda akan bertanding yang terdiri daripada 6 muslimin dan 6 muslimat.
Lokasi pertandingan akan diadakan di LT1. Bermula pada pukul 9.00 malam dan akan diadili oleh juri-juri yang hebat. Seluruh warga UiTM Segamat dijemput hadir.
Siapakah Daie Muda PERMAS yang pertama?
Mahasiswa Pemangkin Generasi Islam.
Langgan:
Catatan (Atom)



