Jumaat, 7 September 2012

Di suatu pagi yang suci


Hari raya Aidilfitri di sambut oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia ini. Tujuannya tidak lain tidak bukan bagi meraikan kejayaan kita menahan nafsu daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa selama 30 hari di bulan ramadhan.  

Diceritakan dalam satu riwayat, ketika berada di pagi raya…selalunya nabi s.a.w suka berjalan-jalan di persekitaran bagi melihat telatah kanak-kanak yang berada di dalam kegembiraan di suasana hari raya. Nabi s.a.w. terlihat ada di kalangan kanak-kanak yang berbaju baru. Ada juga yang memakai baju yang lama tetapi kemas disamping memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w berbuat demikian kerana memang sifat semulajadi kanak-kanak itu ceria, jadi secara tidak lansung ianya dapat menghidupkan suasana hari raya.
Sedang Rasulullah berjalan-jalan tetiba nabi s.a.w. ternampak kelibat seorangkanak-kanak.. dilihatnya  kanak-kanak  yang keseorangan berada didalam kesedihan ditambah pula dengan keadaan dirinya yang tidak terurus. Tanpa membuang masa Pesuruh Allah (Rasulullah) pun mendekati budak itu.

Apabila nabi s.a.w mendekati budak itu lantas bertanya, “mengapa engkau kesedihan wahai budak? ”. Lantas budak itu menjawab, “Aku tidak punyai sesiapa didalam dunia ini lagi”. Nabi bertanya lagi “kemana perginya kedua orang tua mu?” jawabnya “bapaku telah syahid di dalam peperangan (badar@khandak) semasa di bawah pimpinan Muhammad Bin Abdullah”. Bertambah lagi kesedihan budak itu apabila bercerita tentang ayahnya (berjujuran air mata turun). Tanpa mengetahui yang sedang bercakap budak itu adalah nabi. Sambung budak itu lagi “ibuku pula telah mengahwini lelaki lain setelah bapaku wafat, dan aku telah melarikan diri daripada ibuku kerana tidak bersetuju dengan tindakan ibuku itu”.

Lantas selepas mendengar ucapan kanak-kanak itu, Rasulullah mengangkat dan mendakap budak itu dengan seerat mungkin sambil berjujuran air mata Nabi yang jatuh membasahi bumi. Budak itu sudah dapat mengagak yang berada di depan dan memluknya adalah Muhammad bin Abdullah yakni seorang nabi yang di utuskan oleh Allah s.w.t. 

Nabi bertanya kepada budak itu, “ mahukah engkau ku jadikan anak angkat ?”. Kanak-kanak itu pun  mengangguk dan senyum sebagai tanda bersetuju. “Akan ku berikan pakaian anak-anakku kepada mu”.
Demikianlah, kisahnya betapa mulianya peribadi nabi kita Muhammad bin Abdullah s.a.w. Yang sama sekali tidak dapat kita bayangkan. Jikalau sekarang ni, nabi masih hidup pastinya berpusu-pusu orang pergi berjumpa dengan nabi.

TETAPI                                                                                                                                                                           

Janganlah kita bersedih (La Tahzan) kerana pelbagai nikmat Allah s.w.t. yang DIA bentangkan kepada umatnya yang tidak sempat bertemu dengan Nabi s.a.w. Contohnya seperti malam Lailatul Qadar di bulan puasa, segala amalan kita mudah untuk dapat pahala dan pelbagai lagi. Gunakanlah nikmatNYA sebaik mungkin.                                                      

<<<Wallahualam>>>


Jumaat, 17 Ogos 2012

Moga Kita Bertemu Lagi..


Assalamulaikum W.B.T.

 بسم الله الرحمن الرحيم
Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu dan akhirnya minggu mencukupkan sebulan. Begitu pantasnya detik ini berlalu bagi mereka yang menghayati ramadhan sepunuhnya. Di kala manusia sibuk gembira memikirkan sambutan Syawal, terdapat segelintir yang menangis dan sedih dengan kepergian Bulan yang penuh Barakah ini. 

Kini Ramadhan sedang beransur pergi, tetapi bagaimana dengan hati dan iman di dalam diri?? Adakah ia sama seperti sebelum ini?? Andainya ditakdirkan ini adalah Ramadhan terakhir kita, adakah kita telah menyambutnya dengan sebaiknya?? Adakah kita telah meraikan tetamu khas kita yang hanya datang setahun sekali?? Bagaimana dengan IMAN, TAQWA dan JIWA kita?? Adakah mereka telah diberikan makanan tarbiah?? Adakah kita berpuasa sepertimana yang Allah berfirman di dalam kitab suci Al-Quran??
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Al-Baqarah 2:183

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang penuh dengan barakah dimana setiap hamba-Nya akan diberikan rahmat, pengampunan dan pembebasan dari api neraka. Bulan ini juga adalah waktu yang paling sesuai bagi mereka yang ingin mentransformasikan diri ke arah yang lebih baik kerana telah terikatnya musuh kita yang nyata. Tetapi alangkah sedihnya apabila melihat sahabat-sahabat kita yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga. Sedang kita sibuk beriktikaf, bertadarus dan melakukan amalan-amalan sunat, mereka sibuk dengan juadah berbuka dan baju baru sempena Aidilfitri.

Isnin, 18 Jun 2012

Rahsia Peristiwa Isra' dan Mi'raj


Assalamulaikum w.b.t
.
Tanggal 27 Rejab maka bergemalah masyarakat Islam di seluruh dunia bagi menyambut satu peristiwa agung yang digelar Isra' dan Mi'raj. Tapi, adakah wajar bagi kita umat Islam sekadar menyambut dan tidak menghayati kisah disebalik kejadian yang hanya berlaku pada seorang manusia yang agung? Setiap tahun kita akan mendengar kisah tentang peristiwa ini, tapi berapa ramai yang mengambil pengajaran yang terdapat di dalam peristiwa tersebut?

Sebelum kita meneruskan 'bicara' eloklah kita mengimbas kembali serba sedikit tentang kisah yang hanya berlaku pada kekasih Allah ini. Pada mulanya, Rasulullah s.a.w mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda s.a.w disucikan dengan air zamzam dimana ketul hitam dibuang iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai sahaja pembedahan, Rasulullah didatangi oleh seekor binatang yang bernama buraq untuk ditunggangi Baginda s.a.w. dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Isra'”.

Peristiwa Isra' (perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa)
Sepanjang perjalanan ini Rasulullah s.a.w. ditemani oleh Malaikat Jibril dan juga Malaikat Israfil dimana Baginda diminta berhenti pada tempat-tempat tertentu bagi menunaikan solat dua rakaat.Antara tempat-tempat tersebut adalah:

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 
II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah. 
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)

Dalam perjalanan ini juga Rasulullah s.a.w. diganggu dengan Jin Ifrit dan baginda telah melihat beberapa peristiwa yang simbolik dan ajaib. Antaranya:

Selasa, 12 Jun 2012

Luruskan Hatimu dengan Niat


TETAPKAN NIATMU!

Assalammualiakum kepada saudaraku yang disayangi oleh Allah S.W.T. Insyaallah pengisian pada kali ini  lebih menyentuh mengenai niat kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi yang indah ini dan kejujuran dalam hidup. Ana ucapkan tahniah, jika seseorang telah menyedari bahawa dia tersasar daripada tujuan asalnya untuk melakukan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi apabila tujuan utamanya untuk melakukan kebaikan, namun ketika dirinya menghampiri persimpangan untuk melakukan perkara yang tidak baik, dia segera beringat dan berpatah kembali. Alhamdulillah semoga niat kita terus diredhai oleh Allah S.W.T  sebagai seorang pelajar dan anak kepada ibu bapanya.

Mendahulukan Niat

Niat merupakan penghulu bagi setiap perkara yang ingin dilaksanakan. Benarlah pemilihan Imam al-Nawawi dengan meletakkan hadis tentang niat dalam susunan ‘al-Arba’in al-Nawawiyah’. Niat bertindak sebagai ketua segala perbuatan dan gerak laku seseorang sebelum bertindak.

Hadis masyhur yang menyarakan agar setiap perbuatan itu disertakan dengan niat memberi ruang agar diberi pilihan dalam setiap perkara yang ingin dilakukan sama ia dibuat untuk dunia, orang tertentu atau sesuatu yang diingini. Niat juga akan merealisasikan keinginan seseorang. Oleh sebab itu, tetapkan niat dalam diri untuk setiap perkara yang ingin dilakukan.

Disqus for Permas