Selasa, 22 Mei 2012

Kemuliaan bulan Rejab





Assalmualaikum w.b.t

Bulan Rejab menjelma lagi. Rejab yang bermaksud ta'azim iaitu kebesaran, kemuliaan dan keangungan merupakan bulan yang ketujuh di dalam kalendar Islam. Bulan ini juga dianggap sebagai salah satu bulan yang suci sepertimana disepakati oleh para ulama'. Ia berdasarkan firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 36.

"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa." 

Sebagaimana yang disepakati oleh ulama, empat bulan 'haram' yang dimaksudkan adalah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Kelebihan Bulan Rejab:

Perlu diingatkan bahawa tiada kelebihan yang terdapat di dalam bulan Rejab berbanding bulan-bulan 'haram' yang lain. Namun, terdapat beberapa peristiwa bersejarah yang telah berlaku dalam bulan Rejab. Antaranya adalah, berlakunya Perang Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib, dan juga berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj. 

Mengapa dikatakan haram berperang dalam bulan ini:

Rabu, 16 Mei 2012

Senyuman mengubah dunia



Senyumlah!! ^_^


Assalamualaikum w.b.t...
Pertama sekali marilah kita sama-sama memanjatkan rasa penuh kesyukuran terhadap Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kita "bersua" dan semoga selepas membaca entri yang tidak seberapa ni dapat jua kita menambahkan sedikit ilmu pengetahuan kita insyaAllah. Tidak lupa juga selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, kaum kerabat baginda dan juga sahabat-sahabat baginda yang turut memperjuangkan agama Islam yang tercinta ini. 


Sebelum kita melanjutkan bicara, apakah perasaan anda apabila melihat gambar kucing di atas? Sekiranya sebuah senyuman telah terukir di wajah apabila melihat gambar di atas, maka anda telah berjaya untuk tersenyum. Sudah semestinya entri pada kali ini berkaitan dengan senyuman. ^_^ 


Apa itu senyum? Senyum ni adalah satu riak wajah yang ditunjukkan manusia ketika mereka berasa gembira dan ianya boleh ditunjukkan dengan mulut dan juga mata. Ada banyak sebab mengapa seseorang tu boleh tersenyum, antaranya kerana jenaka dan adakalanya ketika ber"posing" tuk bergambar. Tetapi ada juga orang senyum sebab ingin menutup perasaan malu. Senyum pun sering digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan.

Rabu, 7 Mac 2012

Man Jadda Wa Jadda

Assalamualaikum dan salam mujahadah buat semua sahabat terutamanya kepada pelajar-pelajar diploma yang hampir menduduki peperiksaan akhir.

Peperiksaan akhir bakal menjelma, bagaimana persediaan sahabat-sahabat? bagaimana dengan study week ini? sudah digunakan untuk mula mengulangkaji pelajaran, menelaah buku atau masih lagi tidak memulakan sebarang persiapan. Walaubagaimanapun, penggunaan masa semasa study week ini kenalah digunakan dengan sebaik mungkin, gunakanlah masa-masa yang berharga ini untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat pecutan terakhir. Fokuslah pada final exam kerana inilah penentu kejayaan kita yang terbesar. Kami ada sedikit tips di saat akhir buat semua sahabat . Semoga tips ini berguna buat semua ^^

TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Pertama-tamanya adalah menyemak jadual peperiksaan adalah sangat penting bagi menentukkan masa untuk belajar terutamanya pada saat-saat akhir ini. Ulangkaji dapat dilakukan dengan mendahulukan subjek peperiksaan yang ingin diambil terlebih dahulu . Yang keduanya adalah kunci peperiksaan , di sini ia bermaksud melakukan sebanyak mungkin latihan dan membuat banyak ulangkaji, lebih-lebih lagi pada saat akhir. Selain itu, bagi memudahkan proses mengulangkaji, calon bolehlah menyemak dan membuat latihan soalan-soalan semestar lepas. 

Tentukan keutamaan pada saat akhir ini, sahabat dinasihatkan mengutamakan subjek-subjek yang lemah dan kurang dikuasai. Janganlah tertumpu sepenuhnya kepada subjek-subjek yang digemari sahaja dan mengabaikan subjek yang kurang dikuasai. Seterusnya adalah kena belajar mengingat , Pelbagai cara boleh digunakan untuk menghafal, antaranya adalah dengan membaca berulangkali sesuatu subjek itu, terutamanya subjek membaca. Selain itu dengan membuat pelbagai latihan, insyaAllah daya ingatan akan menjadi kuat. Antara cara lain untuk daya ingatan yang kuat boleh ikhtiarkan lihat benda-benda yang baik terutamanya pada warna seperti hijau dan kuning. Selain itu boleh amalkan makan kismis dan amalkan surah alam nasyrah
             

Ahad, 22 Januari 2012

Karnival Explorasi Islam



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat, teman, rakan dan pembaca entri ini. Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang segar, megintai sang suria di balik tirai dan melakar impian serta mencoret sejarah indah hari ini . Bersyukurlah kita kepada segala nikmat Allah yang tiada gala-gantinya. Tidak dilupa juga nikmat sihat dan masa lapang yang sering ramai manusia melupainya. Bagaimana dengan cuti sahabat-sahabat sempena Tahun Baru Cina ini? Sudah semestinya banyak rancangan menarik yang sudah dirancang pada cuti kali ini.Walau bagaimana pun, PERMAS berharap agar kita dapat memanfaatkan masa cuti dan masa lapang ini dengan sebaiknya. 



Pada entri kali ini, PERMAS ingin bercerita mengenai Karnival Explorasi Islam yang telah pun sampai ke penghujungnya pada 17 Januari 2012 lalu. Bagaimana dengan penerimaan sahabat-sahabat? Apakah sahabat-sahabat telah mendapat input berguna dari program ini? Harapan kami agar sahabat-sahabat sedikit sebanyak mendapat ilmu-ilmu berguna dari Karnival Explorasi Islam ini. Semoga usaha kami yang sedikit ini membawa perubahan ke dalam diri sahabat-sahabat sekalian.

Disqus for Permas