Rabu, 7 Mac 2012

Man Jadda Wa Jadda

Assalamualaikum dan salam mujahadah buat semua sahabat terutamanya kepada pelajar-pelajar diploma yang hampir menduduki peperiksaan akhir.

Peperiksaan akhir bakal menjelma, bagaimana persediaan sahabat-sahabat? bagaimana dengan study week ini? sudah digunakan untuk mula mengulangkaji pelajaran, menelaah buku atau masih lagi tidak memulakan sebarang persiapan. Walaubagaimanapun, penggunaan masa semasa study week ini kenalah digunakan dengan sebaik mungkin, gunakanlah masa-masa yang berharga ini untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat pecutan terakhir. Fokuslah pada final exam kerana inilah penentu kejayaan kita yang terbesar. Kami ada sedikit tips di saat akhir buat semua sahabat . Semoga tips ini berguna buat semua ^^

TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Pertama-tamanya adalah menyemak jadual peperiksaan adalah sangat penting bagi menentukkan masa untuk belajar terutamanya pada saat-saat akhir ini. Ulangkaji dapat dilakukan dengan mendahulukan subjek peperiksaan yang ingin diambil terlebih dahulu . Yang keduanya adalah kunci peperiksaan , di sini ia bermaksud melakukan sebanyak mungkin latihan dan membuat banyak ulangkaji, lebih-lebih lagi pada saat akhir. Selain itu, bagi memudahkan proses mengulangkaji, calon bolehlah menyemak dan membuat latihan soalan-soalan semestar lepas. 

Tentukan keutamaan pada saat akhir ini, sahabat dinasihatkan mengutamakan subjek-subjek yang lemah dan kurang dikuasai. Janganlah tertumpu sepenuhnya kepada subjek-subjek yang digemari sahaja dan mengabaikan subjek yang kurang dikuasai. Seterusnya adalah kena belajar mengingat , Pelbagai cara boleh digunakan untuk menghafal, antaranya adalah dengan membaca berulangkali sesuatu subjek itu, terutamanya subjek membaca. Selain itu dengan membuat pelbagai latihan, insyaAllah daya ingatan akan menjadi kuat. Antara cara lain untuk daya ingatan yang kuat boleh ikhtiarkan lihat benda-benda yang baik terutamanya pada warna seperti hijau dan kuning. Selain itu boleh amalkan makan kismis dan amalkan surah alam nasyrah. 
             

Ahad, 22 Januari 2012

Karnival Explorasi Islam



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat, teman, rakan dan pembaca entri ini. Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang segar, megintai sang suria di balik tirai dan melakar impian serta mencoret sejarah indah hari ini . Bersyukurlah kita kepada segala nikmat Allah yang tiada gala-gantinya. Tidak dilupa juga nikmat sihat dan masa lapang yang sering ramai manusia melupainya. Bagaimana dengan cuti sahabat-sahabat sempena Tahun Baru Cina ini? Sudah semestinya banyak rancangan menarik yang sudah dirancang pada cuti kali ini.Walau bagaimana pun, PERMAS berharap agar kita dapat memanfaatkan masa cuti dan masa lapang ini dengan sebaiknya. 



Pada entri kali ini, PERMAS ingin bercerita mengenai Karnival Explorasi Islam yang telah pun sampai ke penghujungnya pada 17 Januari 2012 lalu. Bagaimana dengan penerimaan sahabat-sahabat? Apakah sahabat-sahabat telah mendapat input berguna dari program ini? Harapan kami agar sahabat-sahabat sedikit sebanyak mendapat ilmu-ilmu berguna dari Karnival Explorasi Islam ini. Semoga usaha kami yang sedikit ini membawa perubahan ke dalam diri sahabat-sahabat sekalian.

Seeking the perfect life ~

Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat serta sahabiah, rakan serta kawan , teman dan seterusnya kepada semua yang membaca entri ini. Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama bersyukur kehadrat ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk terus hidup dan Alhamdulillah kerana diberi nikmat yang paling besar iaitu Iman dan Islam. 

Tazkirah ringkas daripada kami melalui sebuah cerita yang padat dengan manfaat dan cerita yang penuh dengan pengajaran dan nilai sebuah kehidupan.



Seorang anak murid bertemu dengan gurunya dan bertanya pada gurunya :
Murid : Bagaimanakah caranya untuk kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup wahai guru??

Isnin, 16 Januari 2012

Islamophobia ??

Assalamualaikum dan salam ukhuwah ~

Persoalan demi persoalan ditanya , Iman dalam diri turun naiknya , tanpa akidah yang satu hancurlah setiap umatku . Jika masalah ini berlaku, tanyalah pada diri kenapa tidak mengerti hakikat Islam yang sebenar.

Kenapa orang Islam sukar untuk memahami Islam itu sendiri??
Kenapa orang Islam gagal untuk memahamkan orang bukan Islam tentang cara hidup Islam??
Kenapa umat Islam mudah murtad dari agama Islam??
Kenapa umat Islam tidak yakin dengan sebenar benarnya keindahan Islam??

Tanggapan 'Islamophobia' merupakan satu propaganda yang sengaja dicipta oleh golongan tertentu untuk melihat kemunduran dan kejatuhan tamadun Islam. Professor Dr.Ali Al-Hashimi berkata, fahaman itu sebenarnya boleh dilenyapkan terus jika umat Islam sendiri tidak menjadi ejen untuk mempromosikannya. "Tidak ada Istilah Islamophobia sebenarnya, itu adalah rancangan jahat mereka untuk melihat kita jatuh" . Janganlah sempitkan fikiran kita dengan perkara-perakara yang boleh merosakkan akidah kita. Antara faktor berlakunya ialah mengenai berita-berita yang degembar gemburkan oleh orang Islam atau orang bukan Islam, gambaran negatif tentang cara hidup Islam , kekurangan kefahaman mengenai Islam apabila ditanya soalan-soalan yang diluar jangkaan dan banyak lagi.

Disqus for Permas